Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Tambah Baik Peruntukan Bantuan SARA, STR

M Update, 23/05/2024 – Kerajaan akan menambah baik peruntukan bantuan kepada rakyat termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan antara bukti anjakan pengurusan kewangan negara yang mana sebahagian penjimatan yang dilaksanakan kerajaan dapat digunakan untuk memperkasakan saluran bantuan rakyat di negara ini.

“SARA ditambah baik dengan meningkatkan peruntukan kepada RM700 juta, yakni lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta tahun lalu. Kita juga meluaskan bilangan penerima kepada 700,000 dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600.

“Peruntukan STR kita naikkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion pada 2023 kepada RM10 bilion pada 2024 yang memanfaatkan sekitar sembilan juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara,” katanya dalam Perutusan Negara pada Selasa. – Sinar Harian