Input your search keywords and press Enter.

Gelora Udara SIA: Semua Warga Malaysia Stabil

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 24/07/2024 – Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil menurut Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Jojie berkata, beliau telah bertemu enam daripada mereka di Hospital Samitivej Srinakarin, yang kesemuanya sedar dan beberapa daripada mereka mampu berjalan.

Kebanyakan daripada mereka yang cedera tulang belakang telah menjalani imbasan MRI dan CT. Tetapi beliau tidak dapat bertemu dengan anak kapal yang perlu menjalani pembedahan semalam kerana kecederaan tulang belakang.

Beliau juga dimaklumkan bahawa anak kapal dalam keadaan stabil walaupun perlu menjalani pembedahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa Malaysia di Hospital Samitivej Srinakarin. Jojie berkata, Kedutaan Malaysia kini sedang membantu keluarga anak kapal untuk melawat mangsa.

Keadaan dalam pesawat Singapore Airlines

Pihak Kedutaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan kepada mangsa warga Malaysia serta keluarga mereka untuk datang melawat mereka. Selain itu, mereka diberi jaminan oleh SIA dan pihak hospital bahawa mereka akan menjaga semua mangsa.

Manakala, tiga lagi rakyat Malaysia yang kini dimasukkan ke Hospital Samitivej Sukhumvit, Jojie dimaklumkan bahawa mereka boleh keluar hospital tidak lama lagi. Ini kerana mereka tidak berada dalam keadaan kritikal dan mereka akan dibenarkan keluar bila-bila masa.

Keadaan dalam pesawat Singapore Airlines

Enam belas rakyat Malaysia antara 211 penumpang dalam penerbangan SIA SQ321.

Penerbangan dengan 18 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara yang ekstrem secara tiba-tiba di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki, kira-kira 10 jam selepas berlepas.

Insiden itu menyebabkan seorang maut dan beberapa orang cedera. Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan mengalihkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok, mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan, Selasa.