Input your search keywords and press Enter.

Waspada! Jangan Muat Turun Sebarang File APK

M Update, 04/06/2024 – Orang ramai diminta berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) ke telefon pintar yang diterima melalui mesej dan e-mel, serta hanya berbuat demikian melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Beliau berkata, antara taktik yang dikesan masih digunakan sejak pertengahan 2023 ialah penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui APK yang ditanam “perisian hasad” atau¬†malware¬†bagi mencuri data dan mendapatkan butiran kewangan mangsa.

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mesej jemputan perkahwinan terbabit biasanya akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa, sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi itu, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya menerusi kenyataan.

Ramli berkata, akses ini akan membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa malahan boleh mengakibatkan mangsa mengalami kerugian wang ringgit.

Pihak polis percaya taktik itu menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi.