Input your search keywords and press Enter.

Bayaran Bantuan Tunai Pertama BUDI MADANI Pada 10 Jun

M Update, 06/06/2024 – Lebih 30,000 individu, petani dan pekebun kecil komoditi akan menerima bantuan subsidi tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 pada Isnin ini.

Penerima akan menerima bayaran bantuan berkenaan pada 10 Jun 2024 melalui  melalui akaun bank penerima. Manakala bagi penerima tanpa akaun bank mereka boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada masa sama, menurut Kementerian Kewangan, pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI. Permohonan yang dibuat dalam bulan ini layak menerima bayaran untuk bulan berkenaan dan bulan seterusnya.

Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024.

Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah atas sebab tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Manakala, bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

Katanya, bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu, sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

“Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat kelayakan BUDI MADANI, sila layari https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel di budimadani@treasury.gov.my.

“Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di seluruh Semenanjung,” katanya.

BUDI MADANI ialah usaha kerajaan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).