Input your search keywords and press Enter.

Albertine Leo Ditemui Selamat

M Update, 23/06/2024 – Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.