M Update, 15/08/2024 – Harga runcit bagi diesel di Semenanjung diturunkan sebanyak lima sen kepada RM3.25 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula Hari ini sehingga 21 Ogos ini.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung pada RM3.25 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Turut dikekalkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 iaitu masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.