Input your search keywords and press Enter.

Eksploitasi Kanak-Kanak : Akaun Dibekukan

M Update, 17/09/2024 – Sebanyak 96 akaun milik syarikat terlibat eksploitasi kanak-kanak, Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dibekukan. Ia membabitkan aset bernilai lebih RM581,000 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain

Polis akan menyiasat pengakuan dibuat Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali, dalam sebuah video tular baru-baru ini.

Terdahulu, dalam sebuah video, Nasiruddin mengesahkan sememangnya dakwaan liwat terhadap kanak-kanak di rumah amal itu berlaku.

Buat masa ini, fokus akan diberikan terlebih dahulu kepada siasatan yang sedang dilakukan ke atas dakwaan eksploitasi kanak-kanak melibatkan rumah amal dipercayai milik syarikat berkenaan.