Input your search keywords and press Enter.

Akta Tahanan Rumah Bantu Kurangkan Kesesakan Penjara

M Update, 8/11/2024 – Cadangan mewujudkan Akta Tahanan Rumah sebagai hukuman alternatif akan membantu mengurangkan kadar kesesakan di penjara dan kadar pemenjaraan yang tinggi pada masa ini serta menjimatkan kos kepada kerajaan. 

Kadar pemenjaraan pada masa kini adalah 245/100,000 penduduk berbanding kadar purata pemenjaraan dunia 145/100,000 penduduk. Kadar yang tinggi ini tidak baik untuk imej negara dari segi keselamatan dan kesejahteraan awam daripada kaca mata dunia.

Setakat ini terdapat 43 institusi penjara di seluruh negara dengan 19 mengalami kapasiti melebihi 20% terutamanya penjara di bandar besar. 

Jabatan Penjara memaklumkan keperluan untuk mewujudkan Akta Tahanan Rumah merupakan hukuman alternatif yang membolehkan prospek menjalani hukuman di rumah dengan peraturan mengikut masa yang ditetapkan.