Input your search keywords and press Enter.

Kenapa Mak Tinggal Adam?

M Update, 24/01/2022 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik sedang mencari waris atau ibu kandung seorang kanak-kanak lelaki yang dirujuk oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik pada 2018.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik Shamrul Izrin Isahak berkata, kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia enam tahun ketika menerima aduan orang awam pada tahun berkenaan.

“Kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam ditinggalkan seorang diri di bawah pokok di Kampung Kuala Jeneri di sini, dan tidak ditemui sebarang dokumen pada dirinya. Memandangkan pada ketika itu tiada ahli keluarga atau waris yang tampil untuk menuntut kanak-kanak ini, Mahkamah Kanak-Kanak Sik memerintahkan agar dia diletakkan dalam jagaan JKM mengikut Seksyen 30 (1) (d) Akta Kanak Kanak 2001 Pindaan 2016.

Katanya, Adam sudah tiga tahun berada di bawah jagaan JKM dan kini sudah berusia sembilan tahun.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris dari Kampung Kuala Jeneri itu diminta berhubung dengan Pegawai Pelindung, Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik dengan kadar segera di talian 04-4690230.