Input your search keywords and press Enter.

Jika MALBATT Terpaksa Berundur…

M Update, 8/11/2024 – Kerajaan mempunyai rancangan sandaran sekiranya keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin meruncing berikutan tindakan agresif Israel sehingga Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) membuat keputusan untuk berundur.

Buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

MINDEF sentiasa berhubung rapat dengan UNIFIL bagi mengetahui situasi semasa di kawasan berkenaan selain berbincang dengan negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke sana.

Kta perlu tahu, anggota yang dihantar ke sana ialah askar terlatih dan sudah bersedia serta mengetahui risiko yang mereka hadapi ketika bertugas sebagai pasukan pengaman di sana.

Semoga kesemua 6 anggota MALBATT 850-12 yang cedera semalam akibat serangan semalam, cepat sembuh seperti sediakala.