Input your search keywords and press Enter.

Banjir: JAKIM Anjur Solat Hajat, Pohon Kesejahteraan Negara Daripada Musibah Banjir

M Update, 29/11/2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir di beberapa negeri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, solat hajat itu diadakan pada selepas solat Isyak pada Khamis dan selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pada masa sama, masjid dan surau Jumaat di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk mengadakan solat hajat pada waktu tersebut.

“Jabatan ini memohon jasa baik masjid dan surau di seluruh negara turut mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh mangsa yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Ujar beliau, semua pihak yang terjejas banjir dinasihati untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini,” jelas Mohd Na’im.