M Update, 05/12/2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma.
JIM menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan mangsa banjir yang mempunyai pasport dengan tempoh sah laku tidak kurang enam bulan dan memerlukan penggantian boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat JIM berdekatan.
Menurut JIM, pemohon perlu membawa kad pengenalan, laporan polis (asal dan salinan) serta pasport asal (sekiranya ada) semasa hadir untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
Semoga usaha ini dapat membantu mempermudah urusan mereka yang terkesan.