Input your search keywords and press Enter.

Lebih 40,000 Bahan Lucah Dirampas, 13 Individu Ditahan

Foto PDRM

M Update, 24/12/2024 – Seramai 13 individu ditahan dalam serbuan di beberapa premis kediamaan di 6 negeri seluruh negara berkaitan siasatan melibatkan kesalahan melayari, memiliki dan mengandungi bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Serbuan yang dinamakan Op Pedo Bersepadu PDRM-SKMM itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bermula 9 malam tadi dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Turut terlibat, Bahagian Analisis Forensik D10 dengan Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah.

Dalam operasi itu, polis merampas lebih 40,000 bahan yang disyaki mengandungi bahan penganiayaan seksual terhadap orang dewasa dan kanak-kanak.

Serbuan dijalankan di beberapa rumah kediaman di Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 74 tahun ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu memiliki bahan CSAM dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

Golongan remaja dan kanak-kanak dinasihatkan menjaga batas moral dan adab sosial di dalam talian bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah.