Input your search keywords and press Enter.

Jadikan Harum Manis Sebagai Hadiah

M Update, 6/5/2019 – Semua pun tahu sekarang tengah musim mempelam harum manis di Perlis kan? Bila tiba bulan puasa, lambakan harum manis semakin banyak.

Oleh itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan mempelam harumanis dijadikan hadiah khusus bagi mengelak lambakan buah itu pada bulan Ramadan.

Selain itu, penggunaan buah harumanis boleh dipelbagaikan dengan menjadikannya sebagai hadiah khusus di dalam hamper bersempena Aidilfitri pada tahun ini.

Ketika berbuka puasa juga boleh la jadikan haru manis sebagai pembuka dan pencuci mulut. Ini bagi mengelakkan pembaziran buah tersebut begitu sahaja.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply