Input your search keywords and press Enter.

Beberapa Perkhidmatan Perbankan Maybank Tergendala 31 Disember

M Update, 30/12/2024 – MAYBANK dilaporkan akan menjalankan penyelenggaraan bulanan terhadap sistem utama pada 31 Disember 2024.

Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses ke sistem terlibat akan tergendala buat sementara waktu di antara jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan.

Difahamkan, perkhidmatan yang terjejas termasuk Maybank2u, Aplikasi MAE & Aplikasi QRPayBiz, Pembayaran Dalam Talian FPX, Transaksi Kad Debit, Terminal Layan Diri (ATM) dan Deposit Tunai & Mesin Deposit Cek.

Penyelenggaraan ini dilakukan sebagai persediaan untuk kempen beli-belah bulanan 1.1, bagi memastikan kelancaran transaksi tanpa sebarang gangguan.

Pihak Maybank memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi pihak bank melalui emel di mgcc@maybank.com.my. – AWANI