M Update, 06/02/2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil tiga selebriti bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan pagi ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata mereka diarah hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya jam 10 pagi ini.
Mereka hanya dipanggil untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan bukan bermasud mereka adalah suspek. Ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Sky.
Sebelum ini, Azam mengesahkan pihaknya akan memanggil selebriti terbabit termasuk seorang artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Januari lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.