Input your search keywords and press Enter.

PM Mahu Semua Pihak Elak Polemik 3R

M Update, 05/03/2025 – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya mengelak polemik berkaitan agama, raja dan kaum (3R) dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan, selain mengutamakan sikap saling menghormati serta kasih sayang dalam hidup bermasyarakat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Anwar memberi teguran itu susulan tindakan pihak tertentu menyinggung sensitiviti penganut agama lain, yang menjadi tumpuan ketika ini.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang.

“Perdana Menteri juga menekankan pentingnya seluruh rakyat mendakap kemas prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan yang harus dihayati serta diamalkan untuk kita bersama-sama mempertahankan keharmonian serta menolak usaha dan tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia, semalam.

Terdahulu, media melaporkan tiga penyampai radio Era FM didakwa mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan tarian kavadi Hindu, iaitu upacara dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Video perlakuan itu, yang sudah diturunkan daripada platform media sosial stesen terbabit, mengundang kritikan meluas kerana disifatkan menghina tradisi Hindu.

Pada masa sama, Astro Audio turut merehatkan tiga penyampai radio terbabit hingga siasatan selesai.

situs gacor hari ini kampungbet 15 slot gacor gampang menang situs slot toto slot toto slot