Input your search keywords and press Enter.

‘Usah Bakar Sentimen Perkauman’ – PM

M Update, 07/03/2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua agar tidak mengambil kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman serta menanam bibit kebencian.

Menerusi taklimat harian yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, Anwar berkata, terdapat usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan dengan cuba menanam persepsi ‘double standard’ dalam tindakan diambil.

“Ini tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali. Sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa,” katanya pada Khamis.

Sebagai contoh katanya, syarikat dan pembekal stoking yang mempersendakan kalimah ALLAH SWT masing-masing didenda RM60,000, peniaga jagung didenda RM400 dan Harith Iskander serta Celelia Yap Song didenda RM10,000.

“Tuduhan dan persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina adalah fitnah dan tidak berasas. Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum,” kata Anwar.

Menurutnya, kesemua tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.

“Ini mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana agama, budaya, dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia. Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang serta berada pada trajektori yang baik,” katanya.

situs gacor hari ini kampungbet 15 slot gacor gampang menang situs slot toto slot toto slot link slot toto slot slot resmi