Input your search keywords and press Enter.

Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Minta, Imbas Kad Pengenalan

M Update, 11/06/2025 – Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa atau hak untuk meminta, memegang atau mengimbas MyKad orang awam.

Menurut JPN, hanya lima kategori pegawai yang dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7(1), iaitu pegawai JPN, polis, kastam, anggota tentera yang bertugas, dan pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

Oleh itu, tindakan pengawal keselamatan meminta atau menyimpan MyKad adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

JPN turut menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menetapkan kewajipan melindungi maklumat individu.

Tindakan seorang pengawal keselamatan mengimbas MyKad menggunakan peranti elektronik di sebuah premis yang tular di media sosial baru-baru ini menimbulkan persoalan orang awam mengenai kesahihannya dari segi undang-undang.

JPN menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan MyKad kepada individu yang tidak diberi kuasa dan segera melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa.

monperatoto monperatoto monperatoto
d