Input your search keywords and press Enter.

Debaran SPM 2025 Bermula Hari Ini

Foto Hiasan

M Update, 03/11/2025 – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula hari ini dengan melibatkan seramai 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menugaskan 127,526 petugas yang akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

KPM juga bersedia menghadapi sebarang situasi tidak dijangka, termasuk bencana atau penularan penyakit.

Calon yang terjejas diminta segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi tindakan lanjut.

Menurut jadual rasmi, peperiksaan akan berlangsung mengikut fasa berikut:

Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November

Ujian Amali Sains: 17–19 November

Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November

Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember

Calon diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan tarikh, waktu, kod dan nama kertas peperiksaan.