Input your search keywords and press Enter.

Bot PATI Karam: Enam Lagi Mayat Ditemui

Foto: APMM

M Update, 10/11/2025 – Enam lagi mayat imigran termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa bot karam ditemui terapung di perairan Langkawi, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan imigran yang ditemukan mati ialah tujuh orang.

Beliau berkata sebanyak 13 lagi imigran selamat termasuk tiga yang ditemukan semalam.

Pada 3.11 petang Ahad, Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi mendapat panggilan berhubung dua lelaki terapung di kawasan tuas Kuala Muda Teriang dan seterusnya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.

Foto: APMM

Pada 5 petang semalam, bot milik Maritim Malaysia, PETIR 81 menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan manakala kira-kira 6.01 petang, bot Jabatan Perikanan menjumpai seorang lelaki yang masih hidup dan terapung.

Sementara, lima lagi mayat wanita telah ditemukan di dua lokasi berasingan sebelum semuanya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata radius sektor pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diperluas meliputi 170 batu nautika persegi.

Operasi CARILAMAT ditangguhkan pada 7 petang hari ini dan akan disambung semula pagi ini,” katanya.

Foto: APMM

Terdahulu, Operasi CARILAMAT itu dijalankan susulan insiden satu daripada tiga bot yang didakwa membawa kira-kira 300 penumpang imigran karam di Pulau Tarutao di kawasan perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia. – Bernama

situs toto situs toto