
M Update, 10/11/2025 – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PH di Sabah, sama ada bagi menghadapi pilihan raya atau membentuk kerajaan, perlu mengamalkan tatakelola yang baik, menolak rasuah dan komited memperjuangkan kepentingan rakyat.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai niat tulus serta kesungguhan membangunkan Sabah demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
Sesiapa saja yang akan bekerjasama dengan kita (PH) mesti tunduk kepada syarat ini… guna kuasa yang ada untuk membela nasib rakyat,” katanya ketika berucap pada Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah Ke-17, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Anwar yang juga Presiden PKR memperkenalkan 10 calon yang bakal mewakili parti itu pada PRN17 Sabah, selain mengumumkan PH bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Anwar berkata, rakyat terutama di Sabah yang bakal berdepan PRN, perlu menilai sebaik mungkin apa yang disuarakan calon dan pemimpin politik. Beliau menjelaskan ia adalah supaya rakyat tidak termakan janji palsu dan menjadi alat dalam permainan politik mereka.
Perdana Menteri turut memberi amaran politik perkauman banyak merosakkan negara dan menimbulkan kebencian tidak berfaedah.
Beliau menekankan bahawa kestabilan politik dan kerjasama antara Persekutuan dengan negeri perlu diperkukuhkan untuk menjaga kebajikan rakyat, terutama di Sabah.
Anwar turut menyeru rakyat Sabah supaya memanfaatkan peluang pada PRN kali ini untuk bekerja sebagai pasukan bagi membangunkan negeri itu.
situs toto situs toto