
M Update, 25/11/2025 – Sebanyak 19,422 mangsa banjir mendapatkan perlindungan di 121 pusat pemindahan sementara (PPS) dekat lapan negeri, setakat jam 9 pagi tadi.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa yang menghuni PPS meningkat berbanding 16,201 orang seperti direkodkan semalam.
Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir, Kelantan merekodkan mangsa tertinggi iaitu sebanyak 9,981 orang, disusuli Perlis (2,644), Perak (2,604) dan Selangor (2,119).
Ia termasuk 1,576 mangsa di Kedah, Pulau Pinang (377), Terengganu (98), Sarawak (32), Pahang (23) dan Kuala Lumpur (dua).
NADMA turut mengesahkan tiada kematian direkodkan akibat banjir.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa negeri pagi ini.
Beberapa daerah di Selangor, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat beberapa tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – BH