Input your search keywords and press Enter.

Titah Adendem: Najib Kekal Di Penjara Kajang

Foto: BH

M Update, 22/12/2025 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum terhadapnya untuk menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Dalam keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke Yee Ching mendapati Titah Adendum berkenaan tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.

Sehubungan itu, Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.

“Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” katanya.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri itu gagal memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum agar beliau dipindahkan ke kediamannya di ibu negara serta merta.

Dengan keputusan itu juga, Najib akan terus kekal di Penjara Kajang sehingga tamat hukumannya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sudah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International sejak 23 Ogos 2022.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.