Input your search keywords and press Enter.

Curi Barangan Keperluan, Bapa Dua Anak Dipenjara Sebulan

M Update, 5/1/2026 – Seorang lelaki dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah mencuri barangan keperluan bernilai RM113.70 di sebuah pasar raya, pada 1 Januari lalu.

Tertuduh, Muhamad Azrul Haqim Azman, 29, yang tidak bekerja, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri di dalam sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat penyimpanan harta di sebuah pasar raya kira-kira jam 9.30 malam.

Barangan yang dicuri melibatkan produk mandian dan penjagaan diri, antaranya satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuatkuasa bermula tarikh tangkap pada 2 Januari lalu.