Input your search keywords and press Enter.

Titi Gantung Roboh: Keluarga Pengantin Lelaki Cedera Jatuh Sungai

M Update, 3/1/2026 – Suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai pada Khamis.

Seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala serta tiga lagi alami luka ringan serta sesak nafas.

Kejadian dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengarahkan peruntukan disediakan bagi penggantian segera titi gantung yang runtuh tersebut.

Foto: Ihsan Penduduk