
M Update, 09/02/2026 – Pengerusi sebuah kuil, M. Paramaguru, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh tanah milik orang lain di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun tahun lalu.
Tertuduh, yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan, Paramaguru didapati melakukan kesalahan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan tanah milik Suhaili Ahmad tanpa kebenarannya.
Kesalahan itu dilakukan jam 4.45 petang di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun tahun lalu.

Terdahulu, tertuduh ditahan di rumahnya di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil jam 3.30 petang, semalam.
Sebelum ini, pemilik tanah persendirian di Taman Topaz, Datuk Suhaili Ahmad, memberi tempoh seminggu kepada pengurusan sebuah kuil untuk mengosongkan tanah yang diduduki secara haram.
Aktivis Tamim Dahri berkata, notis dikeluarkan supaya semua patung dan harta milik kuil dipindahkan sebelum tindakan pengambilan semula tanah dijadualkan pada 9 Januari 2026.
Beberapa struktur bangunan turut dibina tanpa kebenaran di kawasan berkenaan.