Video Ceramah Cetus Kontroversi, Polis Tunggu Maklumat Lanjut

M Update, 14/05/2026 – Polis Diraja Malaysia masih meneliti isu membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam satu ceramah politik.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, pihak polis kini menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkaitan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Nik Muhammad Zawawi didakwa menyentuh mengenai latar belakang Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA sebelum memeluk Islam ketika menyampaikan ceramah di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.

Susulan itu, beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak yang menggesa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Dalam perkembangan sama, Nik Muhammad Zawawi menerusi satu kenyataan hari ini memohon maaf serta mengakui beliau kurang berhati-hati ketika mengolah dan menyampaikan maklumat dalam ceramah berkenaan.