Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang, Orang Ramai Diminta Bantu Kesan

M Update, 14/08/2028 – Dua pelajar Tingkatan Empat MRSM Alor Gajah, Melaka, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, kedua-duanya berusia 16 tahun, dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu.

Lokasi terakhir kedua-dua pelajar itu dilihat adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Polis berkata laporan kehilangan dibuat oleh guru pada malam 11 Ogos dan usaha mengesan kedua-dua remaja berkenaan sedang dijalankan.

Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157cm, berat 50kg dan berkulit gelap, manakala Nur Aisy Humaira mempunyai ukuran sama dan berkulit cerah. Kedua-duanya dilaporkan kali terakhir memakai pakaian berwarna gelap.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, turut memohon orang ramai mendoakan agar kedua-dua pelajar itu ditemukan dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Jika mempunyai maklumat, hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan di 017-818 0106 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mohon bantu sebarkan. Semoga kedua-duanya ditemukan dalam keadaan selamat.