M Update, 15/5/2019 Pasukan Polis Marin (PPM) bakal mengambil alih 25 bot ronda milik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha memantapkan lagi kawalan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Langkah ini berikutan aset berkenaan kurang digunakan oleh PGA kerana tidak ada perjawatan untuk mengendalikan bot ronda tersebut menurut Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.
“PGA ada bot, tetapi tidak ada perjawatan.
Mohd Yusoff turut memberitahu PPM Wilayah 4 Sabah akan memperhebatkan rondaan menjelang Aidilfitri, khususnya bagi mengekang kegiatan penyeludupan barangan dan manusia.
Sumber : Bernama