M Update, 27/5/2019 – Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus berjumlah RM250 kepada semua penghulu, pegawai halaqat, guru al-Quran dan fardhu ain, di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, penyelaras pembangunan Armalah Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras orang kurang upaya (OKU) serta penyelaras teknologi maklumat (ICT) DUN Kelantan turut menerima bonus berkenaan. Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan bersetuju untuk memberikan elaun (bantuan hari raya) berjumlah RM250.
Elaun khas atau bantuan hari raya ini akan disalurkan kepada semua yang berkenaan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya dalam satu siaran media di sini, hari ini. – HM Online