M Update, 5/10/2020 – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan sebaik pulang dari Sabah pada 20 September lepas.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sebagai satu langkah proaktif tanpa arahan daripada mana-mana pihak. Katanya, tindakan ini diambil susulan berlakunya peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Plihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Selain itu, beliau juga tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi manakala semua mesyuarat penting berlangsung secara sidang video dari rumah sahaja.