M Update, 31/12/2020 – Polis mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab, berkata lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.
“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit COVID-19 itu kini giat dijalankan,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan.