Input your search keywords and press Enter.

Tentera Dihantar Hingga September – Pentagon

M Update,15/1/2019 – Pasukan tentera dihantar ke sempadan Mexico dilanjutkan selama sembilan bulan lagi sebagai memberi bantuan terhadap masalah pencerobohan sempadan, menurut Pentagon. Tugas mereka kini beralih dan lebih fokus kepada pengawasan. Sebelum ini tugas mereka adalah dalam pembinaan tembok sempadan, penyelenggaraan dan membantu ejen peronda sempadan.

Pat Shanahan meluluskan sembilan bulan lagi bantuan Jabatan Pertahanan kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, yang mengawasi semua operasi sempadan. Sekurang-kurangnya 4,500 tentera AS dihantar ke sempadan bahagian selatan untuk mengawasi pintu masuk beribu-ribu pendatang Amerika Tengah yang datang dari utara Honduras, El Salvador dan Guatemala, dengan harapan dapat mendapatkan suaka di Amerika.

Ketidaksepakatan antara Presiden Trump dan kepimpinan Parti Demokrat kerana masalah pendanaan untuk isu tembok sempadan seperti yang dijanjikan oleh Trump telah menyebabkan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah Amerika.

Sumber RT.com

Leave a Reply