Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Gagal atau Kita Yang Gagal Sebagai Rakyat?

Sebagai warga emas yang mempunyai akaun twitter, memang kita boleh simpulkan yang pengguna twitter yang majoritinya budak-budak muda ni berakal pendek, cepat melatah dan lapar perhatian. Kalau semua nak tahu, di situlah letaknya segala cerita dongeng dan cerita nak minta dipuji, kebanyakannya jauh dari kebenaran lah kata orang. Nak tengok 2 sides of a story tu baik takpayah bukak twitter. Tunggu di FB sahaja.

Baru-baru ni ada trending pasal tanda pagar kerajaan gagal yang dimulakan oleh pengguna twitter yang muda lagi akal singkat ni. Pantang nampak benda trending maka berpulun-pulunlah anak muda yang batak trend ni menciap tentang isu kerajaan gagal. Tapi bila kita ronda dekat KL buat eksperimen sosial dan tanya sendiri mereka kerajaan ni gagalnya macam mana, tercirit depa nak jawab depan-depan. Bila kita cerita pasal apa yang kerajaan dah bantu dari macam-macam segi semua jawab “Oh ye ke ada?”, “Oh nanti saya tanya makpak saya betul ke tak”….haaa nampak tak betapa bezanya kehidupan di alam realiti dan di alam medsos?

Dekat medsos boleh lah suka ati nak tulis apa pun, betul atau salah belakang kira, janji ramai retweet balik supaya boleh viral sekejap. Dah viral boleh jual produk, bila ramai beli boleh jadi kaya! Begitulah aturannya mengikut perkiraan anak-anak muda Malaysia ni. Bila macam ni memang kita harus bertanya lah layakkah mereka ni diberikan kertas undi? Pemikiran pon belum matang, ikut sedap cakap je. Macam depa lah yang gagal sebenarnya. Gagal untuk cakna dan celik dengan segala macam bantuan yang kerajaan dah berikan.

Rasa macam dah berbuih mulut cerita pasal bantuan kerajaan dari bermulanya pandemik ni. Walaupun kes Covid kita ada turun naikknya, tapi alhamdulilah buat masa sekarang ni tak ada lah sistem kesihatan kita lumpuh terus macam dekat India nun. Allahu meremang dan menginsafkan tengok pesakit Covid bergelimpangan di jalan raya sambil sibuk mencari bantuan oksigen. Ada yang terlantar di jalanan sambil menunggu dibantu malah ada juga yang meninggal sebelum bantuan sempat sampai. Api di kawasan pembakaran mayat pula dibiarkan sahaja berjelaga kerana masih banyak lagi mayat yang belum diuruskan. Memang sungguh menyedihkan, nak cakap kerajaan gagal di sana pun tak sampai hati. Semoga Allah merahmati India amin.

Berbalik pada bantuan dari kerajaan yang kononnya GAGAL ni, mungkin budak-budak tuider perlu buat bacaan dan galian sikit, baca lah dari sumber-sumber yang sohih, bukannya dari portal yang sememangnya suka buruk-burukkan kerajaan tanpa bukti kukuh. Setakat ini, sedar tak sedar kerajaan telah mengumumkan 5 pakej bantuan yang berjumlah RM340 bilion, iaitu PRIHATIN sebanyak RM250 bilion, PRIHATIN PKS RM10 bilion, PENJANA RM35 bilion, Kita PRIHATIN RM10 bilion, PERMAI RM15 bilion dan PEMERKASA RM20 bilion. Banyak sungguh dah bantuan diberi. Apa yang gagalnya kan?

Dulu masa PRU14 korang di twitter ni dah pernah kena kencing dengan janji dari kerajaan 22 bulan, takkan tak insaf-insaf lagi kot? Berhentilah dari jadi seorang rakyat Malaysia yang gagal!

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update