Input your search keywords and press Enter.

Astra Zeneca Licin Ditempah: Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Semalam mencatatkan sejarah apabila rakyat Malaysia berpusu-pusu melayari laman sesawang vaksincovid.gov.my untuk menempah slot bagi mendapatkan vaksin Oxford-Astra Zeneca yang ditawarkan secara sukarela oleh kerajaan Malaysia. Permohonan yang boleh dibuat secara maya tersebut dibuka jam 12 tengah hari pada 2 Mei 2021 dan ditutup kira-kira jam 3.20 petang apabila semua tarikh janji temu laris bak pisang goreng cheese panas!

Walaupun pada mulanya terdapat beberapa technical glitch, namun rata-rata rakyat berpuas hati dengan kelancaran tempahan slot vaksin yang pada mulanya ditakuti ramai ini. Sekitar bulan Mac tahun ini, beberapa negara Eropah melaporkan tentang masalah pembekuan darah selepas beberapa individu disuntik dengan vaksin ini namun rakyat Malaysia telah memaparkan sikap yang terpuji apabila yakin dengan keselamatan dan keberkesanan vaksin ini.

Pujian seharuslah diberikan kepada rakyat Malaysia yang secara sukarela memohon bagi mendapatkan vaksin ini. Penghargaan juga perlulah diberikan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin (KJ) yang senantiasa memberi informasi terkini berhubung setiap vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan. Melalui akaun Twitter beliau, setiap hari KJ akan melaporkan secara terperinci berhubung vaksin serta kelancaran dan keberkesanan program PICK ini.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, tanpa segan silu dan ego, KJ akan mengakui kekhilafan dan berjanji akan menambahbaik program vaksinasi ini. Macam ni lah baru betul perangai seorang menteri. Kalau orang musykil dan was-was, dia try dulu. Macam vaksin Sinovac dari China. Semua takut nak cuba, lepas KJ disuntik baru orang lain register vaksin di MySejahtera. Kalau ada salah pula, dia yang first untuk mengakui kesilapan teknikal maupun bukan teknikal. Macam ni barulah rakyat bertambah yakin dengan kerajaan.

Dan semalam memang telah membuktikan bahawa program PICK kerajaan Malaysia ni berada di landasan yang betul lagi tepat. Kurang sikit lah rasa takut nak kena cucuk. Sebab dari Menteri yang dipertanggungjawabkan, sistem online yang diguna pakai sehinggalah ke barisan frontliner yang ditugaskan untuk melakukan suntikan, semuanya sistematik dan teratur. Sedikit kesilapan teknikal tu biasalah kan, nama pun manusia. Pape pun tahniah pada KJ dan juga pada rakyat Malaysia. Memang semalam kita dah tunjukkan yang kita mampu jaga kita!

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update