M Update, 28/12/2021 – M Update, 28/12/2021 – Pembelian kecemasan 55 unit enjin bot jenis Outboard Motors (OBM) atau enjin bot oleh Kementerian Pertahanan akan mengukuhkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat. Enjin bot itu akan digunakan bagi meningkatkan keupayaan operasi di kawasan yang masih berdepan dengan banjir.
Pembelian itu juga dibuat bagi menampung penggunaan enjin bot sedia ada ATM yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda negara.