Input your search keywords and press Enter.

Vaksin Sinovac Diluluskan Untuk Kanak-kanak 5-11 Tahun

M Update, 04/03/2022 – Penggunaan vaksin “CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated” keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, Malaysia kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, diluluskan. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kelulusan bersyarat itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang semalam.

Beliau berkata ia merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dan sebelum ini kelulusan serupa diberikan kepada vaksin Comirnaty pada 6 Jan lepas.

CoronaVac sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – Bernama