M Update, 22/02/2024 – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Persekutuan (JPSM) tidak akan mengubah kuasa dan fungsi Ketua Pendakwa Syarie Negeri seperti yang digariskan dalam Enakmen Hal Ehwal Agama Islam Negeri.
Malah, penubuhan itu satu perkembangan positif terutama bagi memisahkan peranan dan tugas penguat kuasa dengan pendakwaan. Berikutan itu, ia dapat menamatkan pertindihan kuasa di antara jabatan agama Islam dan mahkamah
Kerajaan akan menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini. Penubuhan JPSM masih dalam peringkat perbincangan.