Input your search keywords and press Enter.

Cadangan Pindaan Perlembagaan Kewarganegaraan Dibentang 8 Mac 2024

M Update, 22/02/2024 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing kepada Jemaah Menteri pada 8 Mac 2024.

Disember tahun lalu dilaporkan Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.

Draf tersebut dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang dan ia telah mengambil kira input semua pihak melalui beberapa sesi libat urus termasuk bersama tokoh-tokoh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang Perlembagaan, aktivis sosial, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan aktivis muda.