M Update, 30/04/2024 – Susulan insiden nahas dua buah helikopter TLDM di Pangkalan TLDM Lumut baru-baru ini, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia telah menubuhkan Tabung Khas iaitu “Tabung Tragedi Lumut 24”
Tabung ini akan diaktifkan sehingga akhir bulan Jun 2024. Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang dipikul setelah kehilangan ahli keluarga yang tercinta.
Nama Akaun : 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝗧𝗞𝗔𝗧).
Nombor Akaun : 𝟭𝟬𝟬𝟬𝟰𝟬𝟬𝟬𝟭𝟳𝟱𝟮.
Nama Bank : 𝗔𝗳𝗳𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸