Input your search keywords and press Enter.

Letupan Bom – Kawalan Keselamatan Sempadan Negara Dipertingkat

M Update, 29/04/2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.

PDRM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand. Tambahan pula, hubungan bilateral PDRM dengan pihak berkuasa Thailand amat baik terutamanya melibatkan isu persempadanan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

Keselamatan penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sempadan negara perlu diutamakan termasuklah keselamatan anggota PDRM yang bertugas di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negeri terutamanya Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak diminta bersiap-siaga berhubung insiden berkenaan.

Pasukan sekatan jalan raya turut digerakkan dengan kekuatan enam anggota yang dijalankan secara berterusan dengan pemantauan berkenaan bermula sejak 6 pagi tadi secara fokus manakala tindakan selanjutnya bergantung kepada arahan Ketua Polis Negeri.