Input your search keywords and press Enter.

Kerabat Diraja Pahang Antara 5 Ditahan

M Update, 7/11/2024 – 5 lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang individu, pada bulan Jun lepas.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20; Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39; Mohd Fouzi Md Nur, 44; Mohd Taufik Daud, 32; dan Khairul Azhar Rosli, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan lelaki berkenaan dengan pisau.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Alias Awang, 44, dalam kawasan lot tanah bangsal kuda Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Jun, sekitar 12.20 tengah malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Kejadian itu menarik perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menitahkan polis supaya menjalankan siasatan segera, telus dan adil tanpa kompromi.

Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Disember 2024.