Input your search keywords and press Enter.

Kes Dadah: Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Foto Hiasan

M Update, 02/01/2025 – Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu.

Sumber berkata pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada artis berkenaan. – BH