Input your search keywords and press Enter.

Henti Aktiviti Kutip Kerang Di Pantai Sura

M Update, 16/01/2025 – Polis meminta penduduk supaya menghentikan aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir Pantai Sura, Dungun, Terengganu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Arahan yang dikeluarkan itu berikutan keadaan ombak besar dan angin kencang yang sedang melanda ketika ini dan angin kencang berkelajuan kira-kira 60 kilometer per jam disertai ombak setinggi 4.4 meter meletakkan pesisir pantai di daerah ini dalam kategori berisiko tinggi.

Perubahan cuaca yang tidak menentu juga boleh mendatangkan risiko kepada orang ramai dan pihak polis mengeluarkan arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat individu yang tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan ini.

Pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan berharap orang ramai tidak menghampiri kawasan pantai. – Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir