M Update, 06/02/2025 – Pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang ketika melakukan kegiatan paranormal di sekitar hutan di Bandung, Indonesia ditemui selamat, malam tadi.
Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira 10 malam tadi dan penemuannya dikongsi menerusi penstriman langsung di TikTok @Arasz sebelum ia tular.
Dalam perkongsian itu, kelihatan Eyka terbaring di kawasan hutan dalam keadaan lemah.
Sebelum ini, kehilangan wanita itu tular selepas dikongsi rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, yang menyedarinya pada 2 pagi Isnin lalu ketika mereka melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Perkara itu disahkan oleh rakannya Ammar Nazhan atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, yang mengetuai aktiviti berkenaan.
Ammar berkata, dia menyedari kehilangan rakannya, Nur Syafiqah, 22, pada jam 2 pagi ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
“Ketika kejadian, lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan terbabit tetapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan. Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan” katanya.
Ammar berkata pihaknya turut membuat laporan polis selepas 48 jam rakannya hilang kerana itu adalah tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Indonesia.
Katanya, sebelum laporan polis dibuat pihaknya turut mengambil insiatif mencari Eyka bersama penduduk tempatan.