Input your search keywords and press Enter.

Perkhidmatan Firefly Air Cargo Kembali Beroperasi

M Update, 24/02/2021 – Perkhidmatan penghantaran memberi impak besar kepada pengguna, terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan pengumuman lanjutan PKP sehingga 4 Mac, rakyat akur dengan saranan kerajaan supaya terus duduk di rumah dan memanfaatkan perkhidmatan penghantaran yang tersedia.

Sepanjang tempoh ini, servis penghantaran pantas diperlukan bagi menghantar makanan, keperluan harian, barangan peribadi atau dokumen kerja bagi melancarkan urusan. Bagi memenuhi keperluan itu, syarikat penerbangan tambang rendah, Firefly kembali memperkenalkan perkhidmatan Firefly Air Cargo.

Ia menawarkan perkhidmatan penghantaran terpantas pertama di negara ini apabila bungkusan boleh dihantar dan diterima pada hari sama sepantas tiga jam.

Firefly Air Cargo menggunakan servis penghantaran kargo premium untuk menghantar bungkusan mengikut jadual penerbangan harian dengan tawaran harga servis bermula RM50 untuk bungkusan dua hingga lima kilogram (kg) sehingga maksimum 30kg pada harga RM300.

Image

Untuk menggunakan perkhidmatan Firefly Air Cargo, anda hanya perlu memuat turun borang di laman web Firefly Air Cargo, mengisinya dengan lengkap, bawa bersama bungkusan untuk dihantar ke kaunter Firefly Air Cargo di lapangan terbang berhampiran dan pilih masa penerbangan.

Image
Setakat ini, kaunter Firefly Air Cargo di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas (PEN), Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (TGG), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR), Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar (AOR) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Langkawi (LGK) menyediakan servis penghantaran berkenaan.
Image

Manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor (JHB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah (BKI) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak (KCH) pula bakal menyediakan servis penghantaran ini dari semasa ke semasa.

Firefly Air Cargo tidak hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran buat syarikat korporat malah turut ditawarkan kepada pemilik perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), jurujual dalam talian dan individu persendirian.

Justeru, pemilik perniagaan dan jurujual dalam talian yang terpaksa mengehadkan pergerakan sepanjang tempoh PKP boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran Firefly Air Cargo untuk menghantar produk atau dokumen supaya terus kekal relevan di pasaran kerana ia lebih cepat, selamat dan diyakini.

Malah, mereka yang jauh daripada keluarga dan sudah lama tidak bertemu akibat kekangan pandemik Covid-19 juga boleh menghantar bungkusan kecemasan, juadah mahupun kejutan yang akan diterima dalam tempoh tiga jam bagi menghilangkan rasa rindu.

Layari www.fireflyz.com.my/aircargo untuk menempah slot penghantaran anda di Firefly Air Cargo sekarang.

Sumber : HM Online