Input your search keywords and press Enter.

MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Edisi Siasat & Edisi Khas

Foto Hiasan

M Update, 19/06/2025 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.

Kedua-dua saluran itu dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP(C)”]. Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulangkali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC.

MCMC memperoleh perintah injunksi interim dari Mahkamah Tinggi bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan dan melindungi kepentingan awam susulan tahap pematuhan yang tidak memuaskan.

Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi,” menurut kenyataan media MCMC, hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.

MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.

MCMC juga kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.

toto slot kampungbet