Bas Ekspres Terbakar Di Lebuhraya PLUS, 17 Penumpang Selamat

Foto: Sinar Harian

M Update, 22/05/2026 – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik mencemaskan apabila bas dinaiki mereka terbakar di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan pada Khamis.

Bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Johor itu dipercayai mengalami kebakaran pada bahagian tayar belakang sebelum pemandu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer apabila sebahagian laluan terpaksa ditutup bagi kerja pemadaman oleh pihak bomba.

Menurut pihak bomba, kira-kira 80 peratus bahagian bas musnah terbakar, namun semua penumpang termasuk pemandu berjaya keluar menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Kesemua penumpang kemudian dipindahkan ke bas lain yang disediakan syarikat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.