Input your search keywords and press Enter.

Hasrat Ammar Tinggal Bersama Ibu Tidak Kesampaian

M Update, 02/10/2025 – Hasrat Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7 tahun, kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dipukul dengan tukul untuk tinggal bersama ibunya tidak kesampaian.

Sepupunya, Amirul Nizam Saiful Bahari, 25 tahun berkata, Ammar sepatutnya berpindah ke Terengganu untuk bersama dengan ibu kandungnya, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29 tahun, tahun depan yang sebelum ini tinggal bersama bapanya, Muhammad Badrul Rameli, 31 tahun di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok.

Foto: Bernama

Namun katanya, hasrat itu tidak menjadi kenyataan apabila Muhammad Ammar disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, petang semalam.

Terdahulu jenazah kanak-kanak itu tiba di rumah bapanya pada pukul 10.30 malam untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Foto: Bernama

Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat, Bachok pada pukul 10.34 malam ditemani ahli keluarga serta penduduk sekitar.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 10.50 malam.

Foto: Bernama